Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam. Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.
Memang susah untuk menolak seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.
Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau dia mengajak kita untuk berkapel, maka tolak sahaja. Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?
Jika dia ingin ta’aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita. Janganlah sampai kita tertipu ta’aruf kosong, iaitu menghalalkan kapel dalam bungkusan ta’aruf. Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin. Lakukan Istikharah dahulu, serahkan semuanya pada Allah. Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan