Selama dua minggu aku cuba melupakan dan menyibukkan diri,tapi malam ini aku tewas juga dengan perasaan ku.. hatiku berdebar2 (mcm menuggu result exam je) akhirnya aku mendengar suaranya jua ,terasa terubat rindu aku padanya.
Aku hanya bertutur seperti tiada apa2 yang belaku sedangkan didalam hatiku ini hanya allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya... Dia seperti biasa menceritakan segala apa yang berlaku padanya dan apa yang akan dia lakukan..aku hanya menjadi pendengar yang setia. Aku sendiri tidak menyangka aku boleh setabah ini..
Aku mungkin tidak layak untuk dirinya,tapi mengapa aku masih menyayangi dan mencintai dirinya...cukuplah hanya diriku sahaja yang mengerti. Aku tidak mengharapkan dia mengerti kerana aku faham dengan sikap dan caranya. "ya allah...pinjamkanlah kekuatan mu untuk diriku ini menghadapinya" amin....
"ya allah,aku mencari yang sempurna supaya boleh membimbing aku dan menyempurnakan diriku,dan aku mencari yang tidak sempurna juga supaya diriku ini boleh menyempurnakan dirinya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan